Wednesday 4 April 2012

Kem PLKN Terkok ditutup susulan kematian pelatih



Kem Plkn Terkok di Sungai Siput, Perak ditutup berikutan kematian seorang pelatih pada 12 Mac yang lalu. Kematian R Vinoth, 18, itu bukan disebabkan oleh kencing tikus dan perkara tersebut disahkan selepas pemeriksaan makmal dan juga Jabatan Kesihatan Perak, mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira.

R. Vinoth, 18, menghembuskan nafas kira-kira jam 11 malam selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Sungai Siput, pagi Ahad lalu, selepas empat hari mengalami demam panas, muntah dan cirit birit. Dr Mah berkata, pihaknya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian pelatih itu sebelum laporan sebenar daripada pihak berkaitan termasuk laporan bedah siasat dan hasil siasatan jawatankuasa itu diperoleh. Siasatan lanjut akan dijalankan.Justeru itu, semua jenis latihan air di semua kem PLKN di seluruh negara turut dihentikan serta-merta.

Tiada pengambilan pelatih lagi di kem tersebut.

No comments:

Post a Comment

HAK MILIK GADESDIANA