Saturday 21 April 2012

Akibat tidur lambat !


Terlambat seminit !

Kuing kuing . nak di jadikan cerita la kan. eyka tertidur lambat, padahal esok keja shift full dari 10.30 a.m sampai la 11.00 p.m. Dah bangun da kol 8.30 pagi , g bantai tidur balik ! yela , tidur pukul 2pagi , mane taknye kan . Tu makannye. .terjaga la kol 10 pagi ! kelam kibot mandi , siap , kejot ayah suh antakan. tak menyempat nak g parking kat depan secret recipe , eyka kelua je dari kete terus lintas jalan tekeja2 lari. 
aleh2 punch card kol 10.31 ~ hahaha

p/s : dah tahu sok keje pagi jangan dok gatai tidur lambat naa ~ :P

Tuesday 17 April 2012

♥ Agar-agar Badam dan Pic ♥


♥ Agar-agar Badam dan Pic ♥

Bahan-bahan

  • 10g agar-agar
  • 450g air 
  • 2helai daun pandan
  • 75g gula pasir
  • 125ml susu sejat
  • 10g badam
  • 100ml air
  • 250g pic dalam tin ( kisar sama jus )
Notes : agar-agar + air + daun pandan= dimasak hingga larut, kemudian tapiskan.

HIasan

  • 4biji ceri
  • 1tangkai daun pudina ( ape2 pun boleh )

Method:

  1. Masukkan susu sejat dalam larutan agar-agar ( panaskan semula )
  2. Tuang agar-agar dalam gelas sundae ( tuang 3/4 shj ) [pape bekas yang bersesuaian pun boleh]
  3. Apabila agar-agar beku, tuangkan pic dan sejukkan dalam peti ais.
  4. Lastly , korang boleh lah hias agar-agar korang tu c:

~ sedih ~


hurmm. .eyka sangat sedih sekarang ni. . btol sayangkan die. .tapi kenape hari ni bile tgok gamba die rase geram teramat mendalam ?? Sejak bile eyka ni suke nak rase dendam dengan orang ni ? Takkan tahap kesabaran dah tak de ? astaghfirullahalazim. .rase nak bergaduh je dengan die . Tolong la faham . :(

Friday 13 April 2012

♪ Kerja kerja ♪


~ Nak kerja sangat punya pasalkan ~

Dipendekkan cerita la kan. eyka dapat kerja dekat secret recipe , bandar baru ampang . Adat la kalau nak jual makanan kene buat injection typhoid kan. So , kak Hasnita , orang yang interview eyka, suruh pergi buat dekat Klinik Bandaraya , DBKL, taman maluri tuh . 

Pagi jumaat tu , eyka gerak la ke sana naik lrt turun maluri . eyka tye direction dekat akak lrt tuh , tersalah jalan pulak mule-mulenye. Dah tu , tanye lah lagi kat auntie jual kueh tepi jalan tuh , '' you just go straight ja , nanti jumpa itu stesen minyak ,jalan depan siket lagi , jumpa ''. Ku meneruskan perjalananku. .tengah dok syok-syok jalan tengok persekitaran hijau dipagi yang indah ,udara segar , cewah. .hehe , tetibe lamunan ku terhenti, jeng jeng. .

Macam mane tak terkejutnye den. .tak sampai 50m depan tuh ade anjing puteh menyalak2 tengok eyka. Fuhh. . .seram wa'ang. . eyka terhenti sekejap . Macam mane nak lepas ni . eyka test jalan ke depan anjing tu pun ke depan . aiseh , nasib baik ad pakcik bangla tepi tuh naik moto jual ikan .
Ape lagi , minta tolong laa...hiihi ,'' uncle, tolong saya, itu anjing banyak takut la '' ,pakcik tu pun tolong la halang laluan anjing tu , selamat den melepasi .

Dah tu , nak balek lrt lalu jalan tu jugak . Aisehman , kami bertemu kembali . Tengah dok jalan terlihat dari jauh anjing tu buat segment kejar mengejar pulak dengan sorang laki ni, adeh . Tetibe datang pulak kat eyka , mahu tak menjerit, '' auntie !! tolong saya !! '' haha ( buat malu jerit2)  , auntie tu halang anjing tu terus cakap kat eyka, '' kamu jalan saja , jangan pandang anjing , dia tak la giget , kamu cantik2 tak la giget punye ''

Aigoo , pagi yang penuh cabaran, betul kan -_-''

Friday 6 April 2012

Setia ke tidak ??

~ Susah nak kate la ~

Petang tu , eyka lepak rumah nenek . Then tetibe nenek suruh carikan beras cap royal fan . Katenye beras tu elok , tak basi walaupun dah 3 hari . Paksu pun ajak la eyka pergi cari beras tu . Pusing punye pusing satu bandar baru ampang, pergi pekan ampang . Berasnye tak dijumpai . Disebabkan dah kepeningan mencari , perut pun lapar , berhentilah sekejap dekat tepi jalan yang ada jual cendol, ABC,rojak tu .

Eyka pun pesan lah ABC, paksu eyka pesan rojak . Tengah duk menunggu pesanan , tetibe paksu tanye eyka , 'kau dah ad bf ke ??' Fuh , macam salah dengar je . Agaknye eyka bagi respon lambat, paksu ulang balik soalan tadi. ' kau ni dah ad boyfriend ke ?? ' . Then dengan tidak semene2 dia pulak yang jawab soalan tadi, 'haa, kau ada kate ritu ko ada kawan dengan seorang budak ni, budak lumut kan' haa. . memang tepat lah kan cakapnye tu . Segannye jangan cakap la kan.  Ye kan ajelah. 

Paksu eyka pergi tanye pulak, mcam mane korang jumpa ? ada jumpa tak sekarang ? eyka pun cakap ar , dah lame tak jumpe. . masing-masing busy dengan hal masing-masing. Kalau macam tu , kau yakin ke dengan die ?? Yela kan. .dah lame tak jumpe . .memang la die cakap setia lah ape. .tapi belakang kau ?? tak ke banyak awek keliling die. .lelakikan. . eyka dengar pun terkejut gak , tetibe macam cakap paksu tu cam ade gak betulnye. . esh. .susah le teman nak cakap lagu mane kan. . eyka pun cakap la , tak kot , die baik orangnye. .penting jujur . Paksu cakap balik , kau jangan nak percaye sangat la . eyka geram, eyka pun cakap la , paksu ni cam nak makan sup kaki je . Di gelakkan kite. =-=''

Apela. .tak tahu lah eyka nak cakap macam mane lagi kan. . ape yang penting kite dah jujur dengan seseorang , jangan kite buat orang , bialah orang buat kite . Penting cinta kite pada manusia tak sehebat cinte kite pada Allah , insyaallah. . sakit memang sakit , sakit tu lah yang akan tabahkan diri kite dan mematangkan diri kita . insyaallah c:

Wednesday 4 April 2012

Kem PLKN Terkok ditutup susulan kematian pelatih



Kem Plkn Terkok di Sungai Siput, Perak ditutup berikutan kematian seorang pelatih pada 12 Mac yang lalu. Kematian R Vinoth, 18, itu bukan disebabkan oleh kencing tikus dan perkara tersebut disahkan selepas pemeriksaan makmal dan juga Jabatan Kesihatan Perak, mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira.

R. Vinoth, 18, menghembuskan nafas kira-kira jam 11 malam selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Sungai Siput, pagi Ahad lalu, selepas empat hari mengalami demam panas, muntah dan cirit birit. Dr Mah berkata, pihaknya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian pelatih itu sebelum laporan sebenar daripada pihak berkaitan termasuk laporan bedah siasat dan hasil siasatan jawatankuasa itu diperoleh. Siasatan lanjut akan dijalankan.Justeru itu, semua jenis latihan air di semua kem PLKN di seluruh negara turut dihentikan serta-merta.

Tiada pengambilan pelatih lagi di kem tersebut.

Kereta terbang ??

Transition c:

PROTOTAIP kereta terbang komersial, digelar Transition, bergerak di jalan dengan sayapnya dilipat. Kenderaan yang mempunyai dua tempat duduk, empat roda dan boleh dipandu seperti sebuah kereta, serta terbang pada 1,400 kaki selama lapan minit ketika penerbangan ujian di Massachusetts, Amerika Syarikat pada 23 Mac lalu. Jet komersial terbang pada 35,000 kaki.


p/s : dasat da ad kereta terbang , lepas ni bole lah sang pencipta terhebat dari malaysia buat motor terbang ke , basikal terbang ke ?? Nak unik buatlah beca terbang :)

Prototaip kereta terbang komersial
[ Transition ]

Monday 2 April 2012

♪ Hang out ♪


♥ Keluar Bersama Budak-budak Katering Batch 09/10 ♥

Happy sangat-sangat dapat berjumpa dengan budak-budak kelas lama. Rindu kat diaorang terlerai juga akhirnya. Tak rancang pun sebenarnya nak jumpa diaorang. Camni ceritenye, semalam (1/04/12) mase maghrib, eyka nak solat tetibe irsyad kol eyka ajak keluar. Eyka cakap ar , baru sekarang nak cakap nak jumpa. Memang tak la kan. Syad kate ramai budak join, nak taknak, bile fikir dah lame tak jumpa join je la pon. 

Dah solat isyak, bersiap-siap ar. Then minta tolong ayah hantarkan. Tapi die tak leh nak hantarkan sebab die ad meeting ape tah. Terpakse la nek bas pergi lrt. Tengah tunggu kat bustop , tetibe kereta pakcik lalu. Pakcik bentikan kete tye nak pegi mane. Cakap la nak pegi lrt. Pakcik pun hantarkan , before pegi lrt pegi makan dulu western food. Nenek teringin. Huhu , rezeki jangan ditolak meh. Makan chicken chop sizzling. yummy c: sedap !
Lepas dah habes makan gerak la pegi lrt. Sampai la taman bahagia c:
Nak tahu ?? ade ke eyka tersalah beli tiket destinasi. haha , eyka dari lrt ampang beli la tiket ke masjid jamek, yelakan nak tukar naik putra pergi taman bahagia. Patutnye terus beli je dari lrt ampang tu tiket ke taman bahagia, tak payah beli masjid jamek. Sampai taman bahagia dah tak bole nak keluar dari laluan tu. Dah tiket salah. Memang tak lepas ar kan nak keluar.
Nasib baik ad lagi kakak rapid tu jage. Yela dah pukul 12malam pulak. Fuh, lege dapat keluar lepas bayar tambahan dekat kakak tu.

Lepas tu , ape lagi , pegi la jmpe diaorg semua. Irsyad ambil eyka dekat lrt taman bahagia tu g kolej fim dulu. Berkumpul kat sane. Then dah semua ada pegi la lepak makan kat Syed Bistro, lepas tu pegi jalan kat Shah Alam. . Main-main dekat extreme park. Seronok sangat. Macam-macam la buat. huhu, lepas tu eyka tidur la kat rumah fatin dekat sunway c:
sangat best c: iloveyouallkawankawan ! Thank you dapat luangkan mase bersama ! hope lain kali ade mase kite hang out lagi ok ! ;)


Mendaki 'gunung everest' bersama ! ( kunun :P )

Mate da rabak masing-masing but still maintain smile ! c:

Kawan-kawan saya c:

Lol ! ditepi highway c:

HAK MILIK GADESDIANA