Saturday 31 March 2012

! Saket hati !


BENGANG !

Ee.. sakit hati betul hari ni. Terasa teramat sangat tersangat sangat. Ape korang rase bile mak sendiri pergi ambil kek yang slice yang terakhir dari tangan korang bile korang dah ambil da pun slice tu , pusing je badan dah kene mintak balik disebabkan jiran nakkan kek sebagai tambahan ?? sial je kan . Terasa dipinggirkan kot. hmm.. naseb badan . naseb badan . entah la , da luah kan terasa lega siket. Mybe mak tak perasan kot . Tengah happening sangat sambut birthday die dengan jiran-jiran. Hmm, sadis jadi anak perantauan. :'(

Friday 30 March 2012

♪ Sangat Ceria Saya Ceria ♪


New Gadget !! 

Sungguhlah terharu dan gembira yang teramat la jugak bila balik rumah dapat netbook baru ! Mana taknya,lappy eyka yang sebelum ni dah rosak. Sedih :'(
Amatlah terseksa la juga tak de lappy sendirikan. Nasib baik ada kawan yang memahami memberikan sumbangan peminjaman lappy mereka kepada eyka kalau nak buat sebarang assigment sebelum ni. Alhamdulillah semua kerja siap dengan lancar c:

Bukan itu sahaja , adik eyka si jiha tu, dia dapat markah science untuk exam die full mark ( 100% beb )
So, dia dapatlah hadiah dari cikgu dia . Katenye hadiah itu dari sumbangan koperasi sekolah diaorang. Nak tahu ape hadiahnya ??? Haa... jeng jeng.. budak form2 zaman sekarang tak de nye nak hadiah buku cerita ke,alat-alat tulis ke untuk exam diaorang. Jiha dapat hadiah handphone. Fuyoo.. dasat gak, bukan cikai punye.. bole la tahan. Samsung wave Y. hehe, jadi nak dijadikan cerita, dia bagi kakaknye yang comel lagi baik hati ni pakai phone die tuh.. wah ! terharukan dapat adik cam gitu.. hehe , eyka pakai sampai dapat phone baru sendiri la nanti. hee.. Alhamdulillah itu semua rezeki.. c:
Bersyukurlah kepada yang memberi nikmat kepada kita , insyaallah, murah rezeki c:

Samsung N145 c:



Samsung wave Y c:




Thursday 29 March 2012

! Gempa Bumi Lemah !


Gempa bumi lemah di Mersing, Johor ??

Satu gempa bumi Lemah bermagnitud 3.2 skala Richter telah berlaku di Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam, 29 Mac 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 2.5 Utara longitud 103.9 Timur. 16km Timur laut Mersing, Johor. Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar Mersing.




Subhanallah, bermacam-macam kes bencana alam sekarang yang terjadi. Harap Malaysia tidak ditimpa bencana yang tidak diingini contohnya bencana seperti tsunami. Amatlah mengerikan pabila terkenangkan peristiwa 26 Disember 2004. Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan bersama.







♥ Kek Batik ♥


Kek Batik c:

Bahan-bahan :


  • Biskut Marie - 1 bungkus 
  • Buttercup 250g 
  • Milo - paket kecil 200g ( ikut rasa korang ye ) 
  • Susu pekat manis - setengah tin (kalau suka kurang manis, boleh kurangkan kuantiti)   

Cara-caranya :


  • Pecahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian dan ketepikan dahulu 
  • Panaskan butter di dalam kuali/periuk sehingga cair 
  • Masukkan susu pekat dan dikacau sehingga sebati. Kemudian masukkan milo dan dikacau sehingga likat. 
  • Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati 
  • Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat 
  • Sejukkan ke dalam peti ais, 
  • Dah sejuk boleh potong dan masuk mulut la , ape lagi..hehehe


Jeng-jeng ! ini dia hasilnya:

c:



♥ Kek Coklat Kukus ♥



Kek coklat kukus c:

Bahan-bahannya :


  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu kecil baking powder 
  • 1/2 sudu kecil baking soda 
  • 3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan air suam 
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten) 
  • 3 biji telur 
  • beberapa titik esen vanila ( ikut kecukupan ) 

Method :


1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak berukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan.

TOPPING :
  • 3-5 sudu besar susu pekat 
  • 1/4 cawan srbuk koko van houten 
  • 2 sudu besar butter 
  • 2 sudu besar susu segar 

*Untuk Topping dan Hiasan*

1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.


Taddaa !! ^-^



delicioux !

nyamnyam c:

! Restoran suria klcc terbakar !


KLCC terbakar ???

Wah , bace tajuknye pun terkejut eyka dibuatnye. Almaklumla rumahku di penang sude. ( as student )




Berbalik pada topik, 29/03/2012 jam 5.20 petang , kuala lumpur dikejutkan dengan berita restoran di dalam suria klcc terbakar. Bukan klcc terbakar ye, restorannye. Saje bagi gempak tajuk. Alhamdulillah tiada  sebarang kecederaan berlaku. Kebakaran tersebut pun tak de la terlalu besar , kebakaran kecil sahaje. 





Macam-macam da berlaku sekarang ye. Beringatlah wahai teman-teman dan sentiasa berhati-hati di dapur c:
Ini gambar-gambar klcc berkepul-kepul di landa asap sebab sistem saluran asap di bahagian dapur premis terbakar.


Gambar 1

Gambar 2




Saturday 24 March 2012

Nyanyian hati ♥



Salah ke kalau kita rindu seseorang tapi di pendam ? Tapi bila diluahkan tak dihargai ? Lumrah hidup manusia, selagi tidak capai kemahuannya ,selagi itu akan dicari hingga mendapat kepuasan diri. Namun bila kepastian suda nyata , di endahkan begitu sahaja.

Bila yang dekat tidak dipedulikan , tapi bila ianya pergi menjauh..sesal menjalari diri . Ingatlah kawan , hargai orang yang menyayangi kita. Jika seseorang menyuruh kite membuat sesuatu untuk kebaikan diri , bukannye sesuatu yang merimaskan . Sikap kasih dan prihatinnya dia terhadap diri kita. Mungkin bagi kite waktu itu , alangkah bahagianye hidup tiada teman , tiada bebelan perlu didengar .. Tiada perlakuan yang disuruh..tiada,tiada..yang ada hanya diri kita kesendirian, makin sunyi , makin dipinggirkan. Makin dahagakan kasih sayang. Rindu bebelan yang dikasihi dahulu . Namun semuanya terlambat, jika dia ..pergi meninggalkan kita .

Hargailah ibu kite selagi dia masih hidup. Setiap bebelan adalah kasihnya pada kita , setiap suruhan , amarah adalah sayangnya pada kita . Itulah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Ibu yang sentiasa inginkan kebahagiaan anaknya. Janganlah menganggap setiap nasihatnya adalah perkara yang merimaskan , terimalah dengan senyuman. Bersyukur kerana masih ada insan yang menjaga dan mendidik kita , ke arah kehidupan yang benar dan sebaik-baiknya..

Sayang mama eyka sangat-sangat ♥ Misrusdiana bt Ahmad ♥


iloveyoumamasangatsangat c:



Friday 23 March 2012

Blackforest c:


♥ Blackforest ♥

Bahan-bahannya :
  • 200 gm soft flour
  • 50 gm cocoa powder
  • 8 nos eggs
  • 250 gm castor sugar
  • 100 ml water
  • 25 gm ovallete
  • 125 gm corn oil / melted margarine
  • 2 tsp baking powder
  • 2 tsp vanilla essence

Method :

  • Method yang ni same je macam nak buat kek vanilla sponge y strawbery kek tu. .
  • Korang masukkan semua bahan kat dalam mixer bowl except melted margarine. .
  • Da kembang,gebu bahan2 tu lepas korang mix. .last sekali baru la masukkan melted margarine. .
  • Then masukkan bahan2 yang da siap mix tu dalam loyang bulat. . Masuk dalam oven selama 35-40 , suhu 180oC.
  • Selepas siap masak. .sejukkan sebentar.
Now kite buat die jadi complete blackforest cake. .

Bahan :

  • Topping ace( eyka gune jenama Vivo )
  • Blackberry jam
  • Bar chocolate ( coklat masakan utk kek )
  • Chocolate rice
Method :

  • Pukul whiping cream sampai kembang dalam mixer bowl.
  • Then , kek yang da sejuk tu korang potong 3 bahagian. . Sama mcm nak letak inti dalam strawberry cake.
  • Sapu jem kat lapisan pertama and sapu whiping cream.
  • Letak bahagian ke-2 atas bahagian 1 ,then sapu jem atas bahagian ke-2 bersama whiping cream.
  • Letak bahagian ke-3 atas bahagian ke-2.
  • Sapu topping ace atas kek. .keseluruh bahagian. 
  • Hias la dgn coklat masakan . Cairkan gune double-boiler . Tuang dekat kek. ( ikut kreativiti korang )
  • Tabur chocolate rice tepi2 kek tu. . Letak la cherry atas kek ( ikut kreativiti )
  • Suda siap c:


Inilah hasilnye c:

Blackforest !

contoh decoration from my chef Putri Dahlia

This is mine decor ! c:
p/s : sori la background bersepah siket :P


Wednesday 21 March 2012

Strawbery Cake c:


Hai semua. . now eyka nak kongsi sedikit resepi yang eyka tahu and da buat sendiri. .
alhamdulillah menjadi la jugak. .tak sesedap secret recipe. .
tapi dibuat dengan sepenuh kasih sayang untuk bagi mereka yang tersayang rase. .
hope korang enjoy with this recipe c:

♥ Strawberry Cake ♥
  • 200gm soft flour (korang boleh gune tepung gandum yang dah di ayak)
  • 8 eggs
  • 250gm castor sugar
  • 100ml water (eyka pernah cube letak susu , sedap jugak ,berlemak c: )
  • 25gm ovallete (try cari kat kedai bakeri )
  • 125gm melted margarine ( sejukkan ye dulu )
  • 2tsp baking powder
  • 2tsp vanilla essence

Method :
  • Method die senang je nak buat kek sponge ni. .korang masuk kan telur , gula , dan kemudian masukkan je terus semua bahan2 yang tercatat di atas kat dalam mixer bowl except melted margarine. 
  • Pukul gune mixer sampai kembang and gebu bahan2 tu. Then after da gebu and kembang .Korang baru la masukkan melted margerine tu. 
  • Masukkan bahan yang da siap di mix kat dalam loyang bulat . Jangan lupe sapu margerine siket kat tepi2 loyang.
  • Masuk dalam oven selama 35-40 minit dalam suhu 180
  • Siap suda kek vanilla sponge ! c: ( biarkan sejuk dahulu )

itu baru siap kek. .now kite nak complete kan die jadi strawbery cake pulak . .
ni bahan2 nye. .

  • Topping ace( eyka gune jenama Vivo yang dalam kotak )
  • strawberry jam
  • strawberry
Method :
  • mule2 ,korang pukul dulu topping ace dalam mixer sampai kembang. .da kembang ,biarkan sebentar. .
  • after that , kek vanilla sponge yang da sejuk tu. .korang potongkan die jadi 3bahagian. .bukan potong dari atas. .potong di tepi tu sbb kite nak letak inti jem dalam kek . .
  • sapukan jem strawberi dilapisan pertama. .dan sapukan pula topping ace .Then korang letak kek yg bahagian ke-2 atasny. .
  • ulang step ,sapukan jem dan topping ace di atas bahagian ke-2 . .
  • da selesai. .letakkan kek bahagian ke-3 diatasnye. .
  • pastu , korang sapukan la keseluruh bahagian kek dengan tpping ace tu. .
  • hias dengan strawbery. .korang bole hias dengan pape y korang suke c:
  • selamat mencube (:
Strawbery Cake c:







HAK MILIK GADESDIANA